Cara tingkatkan produktiviti kerja (pengurusan masa yang berkesan)

Cara tingkatkan produktiviti kerja.

Apa yang saya nak kongsikan dalam artikel ini adalah berkaitan produktiviti. Setiap orang mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam, Tapi kenapa sebahagian orang dapat melakukan pelbagai perkara lebih banyak dari orang lain. Ini disebabkan oleh produktiviti yang berbeza. Jadi macamana cara kita nak meningkatkan produktivit harian?

Sejak tiga tahun lepas, sewaktu saya memulakan pengajian diperingkat doktor falsafah, saya mencari cara untuk kekal produktif. Saya menemui satu alat atau kaedah yang mudah tapi sangatlah berkesan. Ianya diperkenalkan oleh Dwight Eisenhower.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden AS, jeneral lima bintang di tentera Amerika Syarikat, Panglima Tertinggi Angkatan Bersekutu di Eropah semasa Perang Dunia II, Presiden Columbia University dan Panglima Tertinggi NATO yang pertama, Dalam kesibukan begini, beliau masih ada masa melakukan hobi lain seperti melukis dan bermain golf.

Cara yang digunakan oleh beliau sebenarnya amat mudah! Saya bagi contoh seperti dibawah.

Autosoft Cara tingkatkan produktiviti kerja (pengurusan masa yang berkesan) Blog  Information Technology

Beliau membahagikan semua tugasan dan aktiviti beliau kepada 4 kumpulan, iaitu penting & segera, penting & tidak segera, tidak penting & segera, dan tidak penting & tidak segera. Dengan melakukan pembahagian begini, percaya atau tidak, semua aktiviti tadi dapat dirancang dengan baik.

Berikut adalah cara beliau menangani setiap kumpulan:

  1. Penting & segera:  jadikan keutamaan
  2. Penting & tidak segera: tangguh dulu jika boleh
  3. Tidak penting & segera: serahkan tugas ini kepada orang lain
  4. Tidak penting & tidak segera: jangan buat tugas ini.

Jika anda berminat untuk menggunakan template tool ini dalam excel, boleh download di sini: Download.

Jangan lupa untuk subscribe ya.

 

Autosoft Cara tingkatkan produktiviti kerja (pengurusan masa yang berkesan) Blog  Information Technology

Author: Hariz Adnan

Passion for IT.

print

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
Question? WhatsApp us