Pemasaran Digital: Laman Web Dan Media Sosial

Apakah pemasaran digital?

Pemasaran digital ditakrifkan oleh Hubspot sebagai pemasaran yang menggunakan alatan elektronik ataupon internet. Perniagaan anda boleh menggunakan pemasaran digital melalui saluran seperti laman web dan media sosial. Artikel ini akan membincangkan bagaimana laman web dan media sosial berhubung kait dalam mendapatkan pemasaran digital yang berkesan.

Apakah jenis-jenis laman web dan media sosial?

Jenis-jenis laman web

Laman web profil syarikat atau perniagaan

Kebiasaan laman web yang kita lihat hari ini menjelaskan maklumat tentang syarikat atau sesebuah perniagaan. Contohnya ialah www.hzac.com.my yang merupakan sebuah law firm yang terkenal di Bangi.

Laman web e-commerce

Laman web e-commerce ialah laman web yang bertujuan menjual produk-produk tertentu. Contoh laman web e-commerce yang terbesar di Malaysia ialah Lazada, 11street dan Shopee. Laman web syarikat juga boleh digabungkan dengan laman web e-commerce.

Blog

Blog ialah sebuah laman web yang memaparkan kontent yang menarik bertujuan untuk menarik traffik dan pengunjung ke laman web tersebut. Pemilik blog mendapat keuntungan melalui iklan atau melalui “convertion” pengunjung kepada pembeli. Contoh blog yang terkenal di Malaysia ialah the vocket. Laman web syarikat juga boleh dan biasanya digabungkan dengan blog untuk menaikkan kredibiliti dan meningkatkan jumlah prospek.

Media sosial/platform yang sesuai untuk pemasaran digital

Facebook

Facebook antara media sosial yang paling terkenal di dunia. Facebook berjaya menggantikan media sosial seperti Friendster dan Myspace sepenuhnya. Antara kelebihan Facebook untuk perniagaan ialah Facebook group, FB page dan FBads.  Facebook digunakan oleh semua peringkat umur (remaja ke veteran).

Instagram

Instagram adalah media sosial berasaskan gambar. Instagram mencatat sebanyak 1 billion pengguna aktif sebulan pada tahun 2018.  Instagram kebanyakannya digunakan oleh remaja dan dewasa berumur 18-34 tahun. Instagram juga mempunyai instagram ads.

Twitter

Twitter adalah media sosial yang mempunyai kelebihan tersendiri. Ramai pengguna remaja dan orang muda yang setia menggunakan twitter kena lebih mudah berkongsi dan mendapat maklumat.

Linkedln

Linkedln ialah media social yang digunakan oleh golongan yang bekerja atau golongan professional. Jika anda mempunyai servis dan produk yang sesuai untuk golongan ini, Linkedln adalah medium pemasaran digital yang sesuai. Linkedln juga mempunyai Linkedln ads.

Google+ dan Google My Business

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail peribadi mempunyai laman Google+ sendiri. Anda boleh lihat simbol seperti di gambar di bawah pada akaun google anda.

Autosoft Pemasaran Digital: Laman Web Dan Media Sosial Blog  Website

Kelebihan menggunakan akaun Google+ ialah ianya baik untuk SEO laman web anda.

Manakala, Google My Business ialah sebuah laman web percuma yang disediakan oleh google untuk perniagaan. Cuma daftar di sini. Google My Business juga membantu SEO laman web anda.

Apakah hubungkait antara laman web dan media sosial untuk pemasaran digital?

Perkongsian artikel dan jaringan

Laman web syarikat, perniagaan, e-commerce mahupun blog begitu mudah untuk di hubungkan dengan media sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Google+ dan Google My Business. Jadi, anda hanya perlu menulis sebuah artikel di laman web atau blog dan kongsikan dengan semua media sosial ini.

SEO

Perkongsian artikel dari laman web dan blog ke media-media sosial juga membantu meningkatkan prestasi SEO laman web. Jadi, laman web anda akan berada di carian yang teratas di Google.

Trafik

Perkongsian artikel yang aktif melalui media sosial akan menarik lebih ramai pengunjung ke laman web perniagaan anda dan meningkatkan trafik. Ia juga akan meningkatkan prestasi SEO laman web.

Adakah anda bersedia untuk pemasaran digital yang lebih berkesan?

Autosoft Pemasaran Digital: Laman Web Dan Media Sosial Blog  Website

 

 

Autosoft Pemasaran Digital: Laman Web Dan Media Sosial Blog  Website

Author: Hariz Adnan

Passion for IT.

print

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
Question? WhatsApp us